BACAAN QURAN

Listen to Quran

Tuesday 16 April 2013

Doa untuk arwah ayah

Telah sekian lama, tanggal 14 April kusambut kehadirannya dengan penuh rasa kecintaan terhadap kasih seorang ayah. Ayahku bukan sapa2..bukan seorang yang selebriti,bukan seorang cendekiawan...hanyalah petani yang gigih membanting tulang menyara keluarga dalam era tanpa subsidi.... ayah mampu sekolahkan anak2 seramai 7 orang  tanpa biasiswa dan buku teks percuma...
Bayangkan berlaukkan ikan dan nasi sesekali setahun dapat makan daging dan ayam...hanya masa beraya..
Bukan tujuan memohon simpati..tapi dengan kesusahan itu..bangkitnya semangat untuk terus mengubah nasib keluarga agar tidak terus dibelenggu kemiskinan...minda harus terbuka...ya..

Keberkatan didikan terhadap anak-anak bukan datangnya dari kemewahan yang diberikan terhadap anak2 tetapi  tiupan semangat untuk terus berjuang dalam mencari ilmu ..
Ingat lagi, ayah akan bangun untuk solat malam..kemudian kejutkan anak2 untuk belajar..
ayah akan sentiasa beri semangat untuk berjaya dalam pelajaran tetapi dalam masa yang sama...solat jangan lupa..aurat mesti ditutup...

Semangat itulah yang diteruskan agar generasi akan datang tidak lupa diri...
beljar bukan sahaja ilmu dunia tetapi juga ilmu akhirat...

Semoga Allah memberkati usaha ayahandaku...amin ya Rabbillalamin.








No comments:

Post a Comment