BACAAN QURAN

Listen to Quran

Thursday 8 January 2015

BAGAIMANA MEMULAKAN TAHUN BARU DALAM SEDIH MENINGGALKAN 2014

Salamalaik,
Lama benar tak berkunjung di laman ni..kesibukan dalam urusan hidup.Semoga semuanya berjalan lancar tahun baru ini.

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2014, alhamdulillah sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan perancangan Allah maha hebat.

Dalam tempoh sebulan Allah merencanakan kembalinya kerahmatullah kekanda Abdul Razak tercinta pada 28 Nov.2014. Aku pasrah kerana berada jauh di Kelantan dan membuat keputusan untuk tidak mahu menangguhkan urusan pengebumian..Dari jauh doa dititipkan..sedih,pilu tak dapat digambarkan.

3Disember 2014,aku buat keputusan untuk membuat pembedahan membuang fibroid.Setelah lama tertangguh.Dek kerana lama menangguh maka fibroid cepat membesar sehingga pembedahan membuang rahim terpaksa dijalankan. Aku sekali lagi pasrah.

16 Disember.2014 ..sampai perkhabaran bahawa Kak Fauziah (isteri kekanda Razak) juga telah dijemput Allah. Subhanallah..Teriakan dan esakan kulepaskan...Ya Allah..perancangannya sangat hebat.Kedua-duanya dijemput dalam jarak masa tidak sampai 2 minggu...aku tersangat sedih..namun sebagai hambanya aku redha.

21 Disember 2014,.melakukan perjalanan balik ke Kelantan sekali lagi ..melewati Gua Musang - Kuala Krai -Pasir Mas dan Kota Bharu. Tiada apa yang tersangka buruk.

22 Disember 2014- terima perkhabaran gembira,Muhammad Imran berjaya mendapat 11A dalam peperiksaan PT3...syukran ya Allah.

23 Disember 2014, menghadiri graduasi anakanda Mohamad Ikhwan yang bergelar Al-Hafiz.
Syukran padaMu ya Allah..akhirnya lahirnya second hafiz in our house...Barakallah.

24 Disember 2014,hubungan Kelantan dengan dunia luar terputus, banjir besar melanda.
25 Disember 2014-Banjir turut melanda sebahagian besar negeri Kelantan termasuk kampung kami.
Menghadapi situasi getir melihat air naik mendadak, mengemas barang untuk berpindah tapi tak dibenarkan oleh ayah mertua..Aduh..terasa perit sedikit kerana situasiku yang masih belum sembuh daripada pembedahan.
Diam dan redha adalah langkah terbaik. Hanya Al Quran yang menjadi penenang jiwa..siang..baca Quran..malamnya hanya zikir dan tahajjud...ya..Musibah mendekatkan kita dengan penciptanya.

Terima kasih ..ya Allah kerana memberi aku pengalaman ini. selama 6 hari tanpa air dan elektrik menjadikan kami orang yang berjimat apa adanya.

30 Disember 2014,bergerak pulang ke KL..sempat melihat kesan2 banjir..lidah kelu tiada ucapan..Subhanallah.Allhuakbar...hanya itu yang mapu diucapkan..masih terasa betapa Allah menguji hambaNya kerana ingin meningkatkan Iman ..Pasrah dan redha..

Semoga Aku dan keluarga sentiasa tabah saat engkau menguji kami.Ampunilah dosa-dosa kami.
Allahummayassir walatuaassir.Amin.