BACAAN QURAN

Listen to Quran

Friday 29 November 2013

Produk Yang Harus Diboikot dalam perjalanan menuju redha Rabbul 'Izzati.

منتجات للمقاطعة (Produk-produk untuk diboikot)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
كيف حالكم جميعا؟
كيف ايمانكم؟
أتمنى دواما العافية من رعاية الله سبحانه وتعالى

أقدم لكم منتجات إذا قاطعناها وإذا بذلنا مجهودات كبيرة لمقاطعتها ستؤدي بإذن الله إلى عزة الإسلام والمسلمين وإلى نصرة الدين.

Pada kali ini,tajuk yang akan dibentangkan adalah mengenai produk yang perlu diboikot!
Dikupas daripada rancangan "Pemikiran Pemuda" oleh Ahmad Shugairi..Semoga Bermanfaat ^_^


منتجات للمقاطعة
(Produk-produk untuk diboikot)



kupasan daripada rancangan
 خواطر الشباب pemikiran pemuda
oleh Ahmad Shugairi

الله سبحانه وتعالى يقول في آية واضحة {إن الله لا يغير ما بقول حتى يغيروا ما بأنفسهم}، الله سبحانه وتعالى في هذا الآية أعطانا السر أعطانا المفتاح لنهضة الأمة لم يقل حتى يغيروا ما بأعدائهم ولم يقل حتى يغيروا ما حولهم بل قال حتى يغيروا ما بأنفسهم ..

Firman Allah, ertinya: “Aku tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu,melainkan mereka yang mengubahnya sendiri”.

menurut tafsir Imam Jalalain: Frasa “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum,” bermakna tidak mencabut kenikmatan dari mereka; sedangkan frasa,  “sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri,” bermakna dari keadaan baik menjadi keadaan maksiat.



 أقدم لكم منتجات إذا قاطعناها وإذا بذلنا مجهودات كبيرة لمقاطعتها ستؤدي بإذن الله إلى عزة الإسلام والمسلمين وإلى نصرة الدين.

Antara produk atau barang jika kita memboikotnya dan kita bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya,In Sya Allah,dengan Izin Allah akan membawa kepada kemuliaan dan ke'izzahan islam itu sendiri ..




"Produk yang pertama adalah "Rasuah

منتج الرشوة .. يقول الرسول صلى الله عليه وسلم: "لعن الله الراشي والمرتشي والرائش".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”.

"Produk yang Kedua adalah "Arak

المنتج الثاني الذي أطلب منكم اليوم أن تقاطعوه هو منتج الخمر.

"لعن الله شارب الخمر وبائعها وحاملها"

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam , " Allah s.w.t telah melaknat arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli, pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa arak kepadanya"
(Hadis Riwayat Abu Daud )

Produk yang ketiga adalah Video klip

المنتج الثالث: الفيديو كليب

Video klip atau rancangan yang melalaikan dan membawa kepada kefasadan dan keruntuhan akhlak moral remaja,semakin hari semakin banyak kes-kes yang melibatkan keruntuhan remaja,klip video yang menghairahkan dan membawa jauh daripada agama

 ولا أحد يتكلم ولا أحد يطالب بمقاطعة هذا المنتج.. فلنقاطع جميعا الفيديو كليب

 Tiada suara dan tiada permintaan agar produk video klip melaghakan seperti lucah dan  sebagainya untuk diboikot



؛produk yang ke-empat adalah kezaliman

المنتج الرابع  الظلم والرسول صلى الله عليه وسلم يقول: "الظلم ظلمات يوم القيامة"

Rasulullah bersabda:kezaliman adalah kegelapan pada hari Kiamat.

Produk yang kelima adalah produk Zina

Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari


 

Produk Yang Ke-Enam adalah Rezeki dari hasil yang haram

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan.


Produk yang ke-tujuh adalah sombong dan bangga diri

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر"،
 فلماذا لا يحارب منتج الكبر في العالم الإسلامي.

Sabda Rasulullullah sallalahu'alaihi wasallam "Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi




Produk yang Kelapan adalah Mengumpat

والغيبة كما شبهها القرآن كأنك تأكل لحم أخيك ميتا .. فلماذا لا نطالب أن نقاطع منتج الغيبة

Mengumpat ,sepertimana disamakan di dalam ALQURAN seperti memakan hati saudaranya.

" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya.
Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12) "

مرة أخرى الجهود المبذولة في مقاطعة منتجات الغرب أنا أحسن الظن بالجميع وجزاكم الله خير على جهودكم ولكن أتمنى أن تبذل نفس هذه الجهود بل أكثر في مقاطعة هذه المنتجات التي ذكرناها


Sekadar Peringatan Buat Insan...

17 Nasihat Berguna

1.   Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku.
2.   Sesiapa memegang lilin semasa ia menyala tangannya kan terbakar.
3.   Ribut yang kuat dapat menumbangkan pokok yang besar.
4.   Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.
5-Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.
6.   Jangan ketika manis kamu bertawakkal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.
7.   Jika kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana orang lain melihat diri kamu, pasti orang lain tidak akan membicarakan kamu walau sedetik.
8.   Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.
9.   Pengakuan tidak tahu menmyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk lebih tahu.
10.   Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.
11.   Pagar yang tidak kukuh memberi peluang kepada pencuri.
12.   Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..
Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…
Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.
13.   Jarakkan diri anda sedikit daripada mereka marah, tetapi jauhkan diri kamu sejauh-jauhnya daripada mereka yang diam.
14.   Apa yang kamu miliki akankamu lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.
15.   Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.
16.   Sesiapa dapat membahagikan masa dengan baik, maka kehidupannya seperti khazanah yang sentiasa bertambah.
17.   Perkataan yang baik bukanlah anak panah tetapi dapat membinasakan hati.  ~~peribadirasulullah

Friday 15 November 2013

CARA MENINGGALKAN MAKSIAT BATIN (PENYAKIT HATI)

CARA MENINGGALKAN MAKSIAT BATIN (PENYAKIT HATI)

Saya perturunkan di bawah ini petikan-petikan dari kitab berikut yang mengemukakan teknik atau kaedah mengubat penyakit hati, untuk renungan kita bersama. 


Muka depan kitab "Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)" karangan Imam al-Ghazali, terjemahan Abu ala Albanjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi bin Zamzam) 
Cetakan Kelima - 2007.

"Ketahuilah bahawanya sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal (yang mesti diikuti untuk membersihkan hati) kerana orang telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dengan menghimpunkan perhiasan dunia.

Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda:

"Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang: sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri"

'Ujub, takabbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati dan 'ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran dan memandang terhadap orang lain dengan pandangan penghinaan. Dan alamat yang nampak pada lidah orang yang 'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini begini, aku begini seperti perkataan iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam)

أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬

Surah Al-Araf ayat 12.

Maksudnya: aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah.

Dan alamat yang nampak bagi orang yang 'ujub itu di dalam majlis orang ramai ialah ia selalu suka mengangkatkan dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan daripada orang lain dan ia suka menonjolkan diri di dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pendapatnya. Dan orang yang takbur tidak senang apabila ia diberi nasihat dan mengkasarkan bahasa kalau ia memberi nasihat kepada orang lain, maka sesiapa yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain maka orang itu bersifat takbur dan sebaiknya hendaklah engkau mengetahui bahawa orang yang sebenarnya baik itu ialah orang yang baik di sisi Allah dan masalah ini tiada siapa yang mengetahuinya kerana ia tertakluk kepada 'khatimah' (akhir umur seseorang) maka iktikad mu di dalam diri mu bahawa engkau lebih baik daripada orang lain adalah berpunca daripada kejahilan semata-mata.

Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu. Maka jika engkau melihat orang yang lebih muda daripada mu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati):

"budak-budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripada aku"

Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripada mu maka hendaklah engkau berkata:

"orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripada ku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripada aku"

dan apabila engkau melihat orang yang 'alim maka hendaklah engkau berkata:

"orang yang 'alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepada ku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya" 

dan apabila engaku melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata:

"orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat berserta dengan ilmu ku maka Allah boleh berhujjah ke atas diri ku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengkahiri kehidupan ku".

dan apabila engkau melihat orangyang kafir maka hendakalah engkau berkata:
  
"aku belum tahu lagi boleh jadi jadi nanti ia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan 'husnul khatimah' (mati dalam keadaan baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk Islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan) roti sedangkan aku - waliazubillah (mudah-mudahan Allah memelihara kita) - boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat pertunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupan ku akan di akhiri dengan "suul khatimah' (mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang muqarrabin sedangkan aku akan disiksa di dalam api neraka. Nauzubillah hi min zalik"

Maka sifat takabur tidak akan keluar daripada hati mu kecuali bila engkau mengetahui bahawasanya orang yang sebenarnya mulia itu ialah orang yang mulai di sisi Allah dan masalah ini tertakluk kepada "al-khatimah" (kesudahan daripada kehidupan seseorang) sedangkan perkara ini masih belum dapat diyakinkan. Maka (apabila engkau berfikir demikian) nescaya hatimu sentiasa akan takut dengan 'al-khatimah' sehingga engkau tidak berani membesarkan diri dan engkau terpaksa banyak membuat andaian terhadap orang lain walaupun sekarang ini engkau yakin dan beriman kepada Allah namun keadaan ini tidak menghalang kemungkinan berlakunya perubahan-perubahan pada pendirianmu paga suatu masa yang akan datang kerana Allah berkuasa merubah-rubah hati manusia dan ia dapat memberi hidayat kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki dan Ia berkuasa pula menyesatkan siapa sahaja yang dikehendakiNya"

Tuesday 12 November 2013

APA LAGI YANG NAK KITA DUSTAKAN.

Mencari Cahaya Kebenaran
 
Sifat kesempurnaan
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan.
Sifat tersebut adalah:

Istigna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
· Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.

· Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu datau meninggalkan sesuatu.
· Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih, sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.

Iftiqar ( ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ )
· Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.

· Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu hayyan.

Sifat yang harus

Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.

ZIKRULLAH HINDARKAN LAGHA.

DOA PENDINDING, MURAH REZEKI, TINGKATAN MARTABAT, MUDAH ROH KELUAR DAN SEBAGAINYA.
( Baca selepas solat Maghrib & Suboh sebanyak 7X )
1. Bismillah hirohmanir rahim.
2. Lakhod jaa akum rasullu min anfusikum, azizun 'alaihi maa anitum harison 'alaikum bil mukminin naro ufun rahim,
3. Fa'in tawallau fakhul hasbiyallah hula illa ha illa huwa 'alaihi tawakal wahua rabbul 'arsil 'azim.
Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang
ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
3. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia; kepadaNya .Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
DOA NABI IBRAHIM SEMASA DIBAKAR
(Baca 7X selepas Solat Maghrib & Suboh selama 21 hari)
1. Bismillah hirahman nir rahim.
2. Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim,
3. Salaamun 'alaa nuhhin fil 'alamin,
4. Salaamun qau lam mirrabir rahim,
5. Salammun hiyahatta maf la'il fajr.
Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
3. "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh Dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "
4. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
DOA JIKA TERKENA HASUTAN IBLIS ( Histeria )
( Baca pada air dan renjiskan ke muka atau badan pesakit )
1. Bismillah hir rahman nir rahim.
2. Salammun qaulam mir rabbir rahim - 3X
3. Wam taa zul yau ma aiyuhal mujrimun, alam aq had ilaikum yaa bani adama 'ala taqbudu syaitan, innahu lakum aduu un mubinn - 3X
4. Haa zihi jahannam - 2X
5. Haa zihi jahannamatul lati qun tum tuu adun - 1X
Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
3. dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang Yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai
orang-orang Yang berdosa, (dari bercampur gaul Dengan orang-orang Yang beriman).
4. Bukankah Aku telah perintahkan kamu Wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan
menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh Yang nyata terhadap kamu!
5. Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam
memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SEKIRANYA TERLALU DEGIL.
(Baca pada air dan diberi minum
1. Bismillah hirahman nir rahim.
2. Tho Ha
3. Ma anzalna alaiqal quran lalitash kho
4. Illa tazkhirotal liman yaqsha
5. Tanzil lamminman kho lakho ardho wassamawa til 'ula
6. Arrahman nu'ala 'arsis tawa
Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Taa' Haa.
3. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung
kesusahan.
4. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
5. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
6. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.
DOA UNTUK MEMBUKA HATI ORANG SUPAYA CEPAT MEMBAYAR HUTANG.
Hendaklah dilakukan Solat Sunat Tahajud dahulu.
Selepas bacaan Surah Al-Fatihah pada raka’at Pertama dan Kedua bacalah :
1. Surah Al-Insyirah 3X
( Alam Nashrah )
Surah An-Nashr 4X
( Qul a'u zubirabin nas )
3. Surah Al-Ikhlas 7X
(Qul Huwallah hu ahad )
Selepas selesai solat hendaklah berzikir seberapa banyak yang boleh sambil berniat di dalam hati supaya dibukakan dan dilembutkan hati si anu untuk membayar hutang kita. Insyaallah jika diizinkan Allah cepatlah kita dapat menerimanya.
Zikir nya :
Allah Humma Inni, A’u zubikamin, Gholabatid daini, Wasyamatatil, Aqda’a
DOA UNTUK MENEMBUSI / MENJELAJAH KE ALAM GHAIB.
( Semasa hendak tidur amalkan membaca doa ini sehingga terlena dan niatkan tujuan kita )
Hadiahkan Fatihah untuk Baginda Rasullah, Para Sahabat, Para Anbia dan diri kita sendiri
Kemudian bacalah kalimah ini :
1. Al yak lamuman kho lakho wa huwa lathifful khabir
Maksud Ayat :
1. Tdakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!
DOA PEMBUKA SIHIR.

(Dibaca pada buah limau dan letak didalam bekas air dan sapu kebadan pesakit yang terkenasihir tadi)

"Allahummaftah alaina, futuhal, Arifinna, Bihikmatika,
Wansyurk alaina, Birohmatika Wazarkkirna, Maanasita, Ya zaljalal hiwal iqram"

SEMOGA BERMANFAAT DIAMALKAN DALAM MENCARI REDHA ILAHI.

MUHARRAM DATANG LAGI

Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak entri ke blog ini..kesibukan menghabiskan tugasan hujung tahun menjadikan ruangan ini sepi seketika. Tambahan pula,pelbagai event yang perlu dihadiri selepas menyambut Aidil Adha...

Kak Long dah selamat berlepas ke Cairo...yea..darah Srikandi Acheh yang mengalir menjadikan dirinya redha dengan ketentuan Ilahi.Semoga semuanya berjalan lancar.Pada Allah diserahkan segala urusan agar dipermudahkan.Amin.

Menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Abang Wan...mengingatkan saya tentang majlis seumpamanya 4 tahun lepas yang tidak dapat dihadiri kerana telah berpindah ke Kajang sedangkan majlis tersebut berlangsung di Teluk Intan.(Sek.Rendah Al Munir) justeru saya dan hubby tekad untuk hadir walaupun respon daripada ibu bapa yang di luar Kelantan agak dingin.Maklumlah jauh dan seperkara lagi tarikhh tersebut sudah hampir cuti akhir tahun. Tahniah untuk anak mama yang meraih kejayaan sepanjang ayah dan mak tiada di sisi.Faham dengan bebanan akademik dan hafazan sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesiapa yang berusaha(Man jadda wajada).

Sekali lagi,saya dan hubby terus berhujung minggu di Penang..menghadiri majlis anugerah kepada huffaz Pulau Pinang.Majlis ini sebetulnya untuk Kak Long tetapi sudah 2 kali hanya wakil sahaja yang dihantar.Insya Allah jika ada kesempatan,pasti emak akan usahakan ..