BACAAN QURAN

Listen to Quran

Tuesday 12 November 2013

MUHARRAM DATANG LAGI

Assalamualaikum,
Sudah lama saya tidak entri ke blog ini..kesibukan menghabiskan tugasan hujung tahun menjadikan ruangan ini sepi seketika. Tambahan pula,pelbagai event yang perlu dihadiri selepas menyambut Aidil Adha...

Kak Long dah selamat berlepas ke Cairo...yea..darah Srikandi Acheh yang mengalir menjadikan dirinya redha dengan ketentuan Ilahi.Semoga semuanya berjalan lancar.Pada Allah diserahkan segala urusan agar dipermudahkan.Amin.

Menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Abang Wan...mengingatkan saya tentang majlis seumpamanya 4 tahun lepas yang tidak dapat dihadiri kerana telah berpindah ke Kajang sedangkan majlis tersebut berlangsung di Teluk Intan.(Sek.Rendah Al Munir) justeru saya dan hubby tekad untuk hadir walaupun respon daripada ibu bapa yang di luar Kelantan agak dingin.Maklumlah jauh dan seperkara lagi tarikhh tersebut sudah hampir cuti akhir tahun. Tahniah untuk anak mama yang meraih kejayaan sepanjang ayah dan mak tiada di sisi.Faham dengan bebanan akademik dan hafazan sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesiapa yang berusaha(Man jadda wajada).

Sekali lagi,saya dan hubby terus berhujung minggu di Penang..menghadiri majlis anugerah kepada huffaz Pulau Pinang.Majlis ini sebetulnya untuk Kak Long tetapi sudah 2 kali hanya wakil sahaja yang dihantar.Insya Allah jika ada kesempatan,pasti emak akan usahakan ..









No comments:

Post a Comment