BACAAN QURAN

Listen to Quran

Friday 15 January 2016


ASMA UL-HUSNA


AR-RAHMAN



YAA SIIN


MASIH ADA WAKTU


AL-MULK


AL-WAQIAH



10 surah Al Quran yang mujarab.

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Wednesday 13 January 2016

MENJEJAK SYURGA FIRDAUSI

Menjejaki Syurga Firdausi

Kita telah melewati detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun-tahun yang cukup panjang dan melelahkan. Semuanya sudah berlalu… Berapa banyak amal yang sudah kita lakukan selama itu? Mari kita mereka-reka jawabannya. Ya, ternyata baru itulah, kesungguhan yang kita lakukan untuk menyongsong sebuah kehidupan yang pasti dan abadi. Ternyata, hanya sebanyak itu bekal yang kita kumpulkan untuk menebus kebahagiaan akhirat… Sudah cukup? Pasti tidak. Sementara kita sama sekali tidak tahu, berapa detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun lagi yang tersisa di hadapan.
Saudaraku..
Sekarang, kita berada di sini. Di detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun ini. Mari berdo’a, semoga keadaan kita lebih baik dari yang dulu. Mari bersungguh-sungguh, kerana hanya di sini kesempatan kita untuk mengukir amal. “Dunia ini hanyalah tiga hari,” nasihat Imam Hasan Al-Basri. Ia melanjutkan, tiga hari itu adalah: “Hari kelmarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari esok, yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan di dalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal salih. Maka, beramallah sebanyak-banyaknya…”
Saudaraku,
Semua kita pasti sangat mendambakan rahmat Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga. Itulah kemenangan, kebahagiaan abadi, kenikmatan yang tak ada tandingannya. Kenikmatan yang membuat kita tak akan puas hanya sekadar berada di depan gerbangnya. Kenikmatan yang menjadikan kita tak akan berhenti hanya sekadar masuk beberapa langkah di halamannya. Kenikmatan agung yang membuat siapa pun takkan pernah berharap kecuali sampai ke puncaknya yang paling tinggi: syurga Firdaus. Kita bahkan berharap ingin termasuk dalam kategori kelompok ‘illiyyin‘, yaitu orang-orang yang ditinggikan. Obsesi ini tercermin dalam nasihat Rasulullah s.a.w,
“Jika kalian memohon kepada Allah, maka mohonlah kepada-Nya Jannatul Firdaus yang paling tinggi, kerana sesungguhnya di sanalah intinya syurga.” (HR Tabrani)
Saudaraku,
Mari merenung. Setiap sesuatu itu ada harganya. Semakin tinggi nilai sesuatu, semakin mahal pula harganya. “Bila ingin mencapai syurga yang tertinggi di akhirat, maka seseorang harus berada pada posisi tertinggi di dunia,” begitu kata Syeikh Muhammad Ahmad Rasyid dalam Al-Munthalaq. Bagaimana kita mampu mencapai kedudukan tertinggi di dunia? Mari sama-sama kita melihat lembar-lembar firman Allah SWT dalam Al-Qur‘an. Mari bersama kita perhatikan petunjuk Rasulullah, dan ungkapan para salafussalih.
Allah SWT berfirman,
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyerukan da’wah kepada Allah dan mengerjakan amal salih….?” (Al-Quran, Fussilat: 33)
Rasul s.a.w. bersabda,
“Bila Allah memberi hidayah-Nya kepada seseorang melalui dirimu, maka itu lebih baik dari pada dunia dan seisinya.”
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Futuhul Ghaib mengatakan,
“Tidak ada kedudukan tertinggi bagi manusia di dunia kecuali kedudukan menyeru manusia ke jalan Allah. Tidak ada tingkatan yang melebihinya kecuali tingkatan nubuwwah (kenabian).”
Saudaraku,
Bersyukurlah bila kita memiliki keinginan untuk termasuk dalam barisan orang-orang yang menyerukan Islam dan menyebarkan hidayah Allah SWT. Bersyukurlah, bila kita saat ini telah ada dalam barisan orang-orang yang membawa penerang dan lentera kehidupan di tengah kegelapan. Indah sekali, senandung yang dikatakan oleh para pendahulu kita,
“Dalam hidup ini, kami hanya pengembara. Kami menyambung pengembaraan orang-orang sebelum kami. Mereka yang lebih dahulu berangkat, memberi tahu kami rambu-rambu untuk menempuh perjalanan. Maka, kewajiban kami adalah memberi tahu orang-orang yang berada belakang kami.” (Azam, Diwan Matsani, 139)
Ya. Mereka yang lebih dahulu melakukan perjalanan ini telah memeras keringat, mempersembahkan raga dan jiwanya hingga aqidah Islam tertanam dalam lubuk hati kita. Melalui merekalah kita terhindar dari ombak dan ganasnya kehidupan yang menghanyutkan. Lewat mereka, kita mengerti apa arti hidup, bagaimana seharusnya kita hidup, dan ke mana akhir tujuan hidup kita yang hakiki. Apa artinya? “Mereka telah menanam, dan kita telah makan. Selanjutnya, kita akan menanam, dan orang-orang setelah kita yang akan memakan.” Begitulah logiknya. Kita, harus menyambung penyebaran hidayah Allah kepada orang sekeliling kita.
Saudaraku,
Menyebarkan kebenaran sudah pasti banyak risikonya. Bahkan risiko itulah yang kita tangkap dari perjuangan sirah Rasulullah, para nabi sebelumnya, dan para salafussalih. Tapi semoga kita tak pernah lari dari medan ini. Lari dari medan ini, sebenarnya adalah menghindar dari medan kehidupan yang menguji dan meningkatkan kualiti iman dan kesabaran. Orang yang cenderung menyendiri, menghindar dari risiko menyebarkan kebenaran dan menyepi dari ragam pergulatan itu disinggung oleh Mustafa Sadiq ar-Rafi’i dalam ungkapannya,
“Orang itu mengira telah lari dari kekotoran (dari berbaur dengan banyak manusia) kepada kemuliaan. Padahal sebenarnya, ia lari dan menghindar dari kemuliaan itu sendiri. Apa artinya menjaga diri dari kemaksiatan, memiliki sikap amanah, jujur, berbakti, ihsan dan semua moral baik bila ia tinggal di tengah padang pasir atau dipuncak gunung sendirian? Apakah ada yang mengakui kejujuran sebagai akhlak mulia, bila tidak ada orang di sekitarnya, kecuali pohon dan bebatuan? Demi Allah, orang yang lari dari perang terhadap keburukan adalah orang yang melepas semua keutamaan….” (Wahyul Qalam, 2/97)
Jika dahulu di awal kenabian, Jibril a.s. mendakap erat Rasulullah s.a.w. hingga tiga kali di gua Hira’ dengan mengatakan, ”Iqra bismirabbikalladzi khalaq…”. Kemudian pada kesempatan yang lain Rasulullah memeluk anak pamannya Abdulah bin Abbas r.a. dalam dakapannya sambil mengatakan, “Allahumma ‘allimhul Qur’an”, ya Allah ajarkan ia Al-Qur’an… Sekarang, mari rangkul orang-orang sekeliling kita. Tuntun tangan mereka, dakap erat-erat mereka dengan penuh kasih sayang, lalu tanamkan cahaya kebenaran dalam hatinya.
Sungguh, ada kebahagiaan tulus dalam hati, saat Allah mengizinkan melalui kita berupaya memberi petunjuk kepada mereka yang tengah terumbang ambing. Benar-benar sebuah kebahagiaan, saat kita berhasil menolong dan meluruskan langkah mereka kembali di jalan Allah SWT.
“Duhai hilang rasa laparku, lenyap dahagaku, tak ada lagi rasa dingin ketika ada seseorang menjadi seperti ini di bawah didikanku?” begitu Abdul Qadir Jailani menggambarkan kegembiraannya (al-Fathur Rabbani, 27).
Saudaraku, jalan ini panjang. Memerlukan waktu yang lama. Memerlukan pengorbanan yang sangat banyak. Tapi tak ada lagi jalan lain yang lebih selamat. Semoga Allah menghantarkan kita ke puncak kemuliaan di dunia, dan mengizinkan kita menghirup kenikmatan syurga Firdaus.
Amiin Allahumma amiin.

Monday 11 January 2016

MERUNGKAI MAKNA KUTHBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW.


Memaknai Khutbah Terakhir Rasulullah di Padang Arafah 9 Dzulhijjah Tahun 10 H 14 Oktober 2013 07:28:01 Diperbarui: 24 Juni 2015 06:34:23 Dibaca : 2,470 Komentar : 0 Nilai : 0 Memaknai Khutbah Terakhir Rasulullah Di Padang Arafah 9 Dzulhijjah Tahun 10 H ==================== Memaknai Khutbah Terakhir Rasulullah Di Padang Arafah Assalamualaikum wr.wb Saudaraku, Puncak ibadah haji yang jatuh pada 9 Zulhijah, konsentrasi seluruh jemaah mulai tertuju pada Padang Arafah. Inti pelaksanaan ibadah haji yang berujung di Arafah ini adalah egalitarian (kesamaan derajat). Hal itu diwujudkan dengan lambang pakaian ihram yang tak berjahit dan semuanya berwarna putih. Menyatu dalam hamparan 'permadani' padang pasir dan bernaung di bawah tenda-tenda yang juga berwarna putih. Putih lambang kesucian, seputih kalbu mereka yang terus-menerus bersimpuh di hadapan Allah dengan kata-kata dan pengharapan yang sama. Walau kulit, ras, suku, bahasa, dan adat istiadat mereka berbeda, namun di Padang Arafah ini mereka semua menyatu dan hanyut dalam kebesaran Allah dengan sejenak melupakan kebanggaan-kebanggaan duniawi yang bersifat sementara dan semu. Puncak wukuf di Arafah adalah Khutbah wukuf. 

Dalam setiap Khutbah selalu diperdengarkan Khutbah Rasulullah yang pernah beliau sampaikan pada saat mengerjakan haji terakhir (haji wada') sekitar 10 H. Tidak kurang seratus ribu jemaah turut serta dalam rombongan Rasulullah tersebut. Mengenai Khutbah Rasulullah ini, adalah Khutbah yang amat agung dan di dalamnya beliau menyampaikan kaidah-kaidah Islam, menghancurkan sendi-sendi kemusyrikan dan jahiliah. Beliau menyampaikan hal-hal yang diharamkan, seperti yang juga diharamkan agama-agama samawi lainnya. Baik yang berkaitan dengan darah, harta, maupun kehormatan diri. Juga meletakkan berbagai urusan jahiliah di telapak kakinya, membatalkan sesembahan jahiliah, mewasiatkan perlakuan yang baik terhadap wanita dengan menyebutkan hak-hak wanita yang harus dipenuhi dan kewajiban-kewajibannya. Khutbah Rasulullah pertama-tama dimulai dengan menyeru kepada 'wahai manusia' dan bukan 'wahai umat Islam'. Dari sini saja sudah tampak maksud Khutbah Rasulullah ini yang ditujukan kepada seluruh umat manusia dan bukan hanya kepada umat Islam. Berikut kutipan dari Khutbah Rasulullah tersebut. ''Wahai manusia, Tuhanmu hanyalah satu dan asalmu juga satu. Kamu semua berasal dari Adam, dan Adam berasal dari tanah. Keturunan, warna kulit, bangsa tidak menyebabkan seseorang lebih baik daripada yang lain. Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa. Orang Arab tidak lebih mulia daripada yang bukan Arab, sebaliknya orang bukan Arab tidak lebih mulia daripada orang Arab. Begitu pula orang kulit berwarna dengan orang kulit hitam dan sebaliknya orang kulit hitam dengan orang kulit berwarna, kecuali karena takwanya.'' Persaudaraan universal Pesan dari Khutbah ini adalah persaudaraan universal yang menafikan perbedaan di antara sesama manusia. 

Di mata Allah perbedaan ada karena takwanya. Dalam konteks Indonesia yang akhir-akhir ini diwarnai dengan konflik antarsuku, kiranya pesan ini dapat merasuk ke dalam kalbu setiap jemaah haji sekembalinya ke Tanah Air. Dari sana kemudian memancar ke dalam kalbu sanak saudara dan orang-orang di sekitarnya. Suatu pesan yang artinya kira-kira sama dengan semboyan bangsa Indonesia, 'Bhinneka Tunggal Ika'. Tidak ada kelebihan antara suku Jawa dan suku Sunda, suku Dayak dan suku Madura, suku Melayu, Batak, Ambon, Bugis, Banjar, dan sebaliknya. Persaudaraan universal juga melampaui batas-batas agama. Artinya umat manusia tetap bersaudara meskipun mereka menganut agama yang berbeda-beda. Ini tentu sejalan dengan permasalahan yang dihadapi bangsa Indonesia, yakni munculnya pertikaian antaragama yang akhir-akhir ini sedang melaksanakan upaya perdamaian. Bercermin dari Khutbah Rasulullah tersebut, bahwa umat manusia adalah satu, yakni sama-sama keturunan Adam. Karena itu mereka adalah saudara. Dan, persaudaraan hakiki adalah hilangnya rasa permusuhan dan dendam kesumat di antara sesama pemeluk agama. Bangsa Indonesia, meskipun memeluk agama yang berbeda-beda, mereka semua berasal dari satu keturunan. Ini yang tak bisa dimungkiri. Dan, ini juga menjadi prinsip-prinsip dasar Islam sebagaimana yang disampaikan Rasulullah. Kecuali persaudaraan universal, Khutbah Rasulullah juga mengandung pesan adanya penghormatan terhadap hak-hak asasi manusia. ''Wahai manusia! Sesungguhnya darah, harta kalian, kehormatan kalian sama sucinya seperti hari ini, pada bulan ini, di negeri ini. Sesungguhnya kaum mukmin itu bersaudara. Tidak boleh ditumpahkan darahnya, tidak boleh dirampas hartanya, dan tidak boleh dicemarkan kehormatannya. Dengan demikian kamu tidak menganiaya dan tidak teraniaya.'' Kemudian khusus kepada kaum wanita, Rasulullah juga berpesan, ''Aku wasiatkan agar kalian memperlakukan kaum wanita dengan sebaik-baiknya.'' Pesan ini mengandung arti bahwa kaum wanita harus diperlakukan sebagaimana manusia lainnya. Islam datang untuk meluruskan itu semua. Islam menghargai hak-hak wanita.*** Selain itu, pesan dalam khutbah Nabi Muhammad saw tersebut mengingatkankan para jemaah haji untuk selalu menjaga persaudaraan dengan baik, di mana mekah dan padang Arafah merupakan tempat berkumpulnya umat muslim sedunia ketika musim haji. Menjaga nilai-nilai persaudaraan, hak-hak asasi manusia, serta menjaga kehormatan setiap manusia sangatlah penting, terutama ketika beribadah haji. Contohnya, melempar jumrah yang dilakukan oleh jutaan umat hendaknya dilakukan dengan tertib, tanpa saling dorong-mendorong, dan lain sebagainya. Inilah khutbah Nabi Muhammad saw di Padang Arafah: ====================- (Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H dilembah Uranah, Arafah) “Wahai manusia sekalian, dengarkanlah perkataanku ini, karena aku tidak mengetahui apakah aku dapat menjumpaimu lagi setelah tahun ini di tempat wukuf ini. Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya darah kamu dan harta kekayaan kamu merupakan kemuliaan (haram dirusak oleh orang lain) bagi kamu sekalian, sebagaimana mulianya hari ini di bulan yang mulia ini, di negeri yang mulia ini.Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. 

Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam, dan lain-lain) yang telah terjadi di masa jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh) hari ini aku nyatakan pembatalan pembunuhan balasan atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa jahiliyah dahulu. Transaksi riba yang dilakukan pada masa jahiliyah juga tidak sudah tidak berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak berlaku lagi. Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya syetan itu telah putus asa untuk dapat disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syetan itu masih terus berusaha (untuk menganggu kamu) dengan cara yang lain. Syetan akan merasa puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan yang tercela. Oleh karena itu hendaklah kamu menjaga agama kamu dengan baik. Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya merubah-rubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Dengan cara itulah orang-orang kafir menjadi tersesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian kamu menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan-Nya. 

Sesungguhnya zaman akan terus berputar, seperti keadaan berputarnya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan diantaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut: Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban. Takutlah kepada Allah dalam bersikap kepada kaum wanita, karena kamu telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka telah dihalalkan bagi kamu sekalian dengan nama Allah. Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isteri kamu dan isteri kamu mempunyai kewajiban terhadap diri kamu. Kewajiban mereka terhadap kamu adalah mereka tidak boleh memberi izin masuk orang yang tidak kamu suka ke dalam rumah kamu. Jika mereka melakukan hal demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Sedangkan kewajiban kamu terhadap mereka adalah memberi nafkah, dan pakaian yang baik kepada mereka. Maka perhatikanlah perkataanku ini, wahai manusia sekalian..sesungguhnya aku telah menyampaikannya… Aku tinggalkan sesuatu bagi kamu sekalian. Jika kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Kitab Allah (Al Quran) dan sunnah nabi-Nya (Al-Hadits) Wahai manusia sekalian, dengarkanlah dan ta’atlah kamu kepada pemimpin kamu , walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba sahaya dari negeri Habsyah yang berhidung pesek, selama dia tetap menjalankan ajaran kitabullah (Al Quran ) kepada kalian semua. Lakukanlah sikap yang baik terhadap hamba sahaya. Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kamu makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kamu pakai. Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dapat kamu ma’afkan, maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kamu menyiksa mereka. Wahai manuisia sekalian, Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kamu sekalian, bahwa setiap muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, dan semua kaum muslimin itu adalah bersaudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu milik saudaranya kecuali dengan senang hati yang telah diberikannya dengan senang hati. Oleh sebab itu janganlah kamu menganiaya diri kamu sendiri. Ya Allah, sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka..? Kamu sekalian akan menemui Allah, maka setelah kepergianku nanti janganlah kamu menjadi sesat seperti sebagian kamu memukul tengkuk sebagian yang lain. Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada hari ini. Kalau kamu semua nanti akan ditanya tentang aku, maka apakah yang akan kamu katakan? Semua yang hadir menjawab: Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan tentang kerasulanmu, engkau telah menunaikan amanah, dan telah memberikan nasehat. Sambil menunjuk ke langit, Nabi Muhammad saw kemudian bersabda: ” Ya Allah, saksikanlah pernyataan mereka ini..Ya Allah, saksikanlah pernyataan mereka ini..Ya Allah, saksikanlah pernyataan mereka ini..Ya Allah, saksikanlah pernyataan mereka ini.”(HR. Bukhari dan Muslim) Dari khutbah diatas dapat kita lihat bagaimana Rasulullah berpesan kepada umatnya untuk menjaga nilai-nilai persaudaraan, hak-hak asasi manusia , kehormatan manusia yang lain baik secara individu, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Pesan kemanusiaan inilah yang merupakan intisari dari ibadah haji. Haji mabrur juga merupakan aplikasi daripada khutbah Arafah, sebab kalimat "mabrur" yang bermakna "berbuat baik kepada orang lain " merupakan aplikasi daripada nilai-nilai persaudaraan, nilai ukhuwah, antar individu dengan individu, antar individu dengan kelompok, antar kelompok dengan kelompok, sehingga membentuk jamaah dan ummah yang "khairu umah " bagi manusia sejagad. Wallhu A'lam bissawab Semoga Shalawat dan salam senantiasa tercurah buat junjungan kita, Baginda Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wassalam beserta keluarganya dan para sahabat yang mengikutinya. Allahumma shali ala Sayyidina Muhammad wa ala ali Sayyidina Muhammad Jakarta, 13 Oktober 2013 Semoga bermanfaat Wassalamualaikum wr.wb  #copypaste# Imam Puji Hartono (IPH)