DOA DI MAQAM
NABI IBRAHIM A.S
اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ سِرِّي وَعَلاَنِيَّتِي فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي ، وَتَعْلَمُ حَاجَتِي فَاعْطِنِي سُؤْلِي ، وَتَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْلِي ذُنُوبِي .
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي وَيَقِيْنًا صَادِقًا حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لاَ يُصِيْبُنِي إِلاَّ مَاكتَبْتَ لِي رِضًا مِنْكَ بِمَا قَسَمْتَ لِي ، أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَالِحِينَ .
اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا فِيْ مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا ،
فَيَسِّرْ أُمُوْرَنَا ، وَاشْرَحْ صُدُوْرَنَا ، وَنَوِّرْ قُلُوبَنَا ، وَاخْتِمْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا .
اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِيْنَ ، وَأَلْحِقْنَا بِالْصَّالِحِيْنَ ، غَيْرَ خَزَايَا وَلاَ مَفْتُونِيْنَ.
Maksudnya ;
Ya Allah ya
Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku, dan perbuatanku yang
terang maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka
kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku
maka ampunilah dosaku.
Ya Allah ya
Tuhan, sesungguhnya daku meminta kepadaMu iman yang teguh di hatiku dan
keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga daku mengetahui bahawa tidak akan
menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan daku
pohon keredhaan dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yang
menolongku di dunia dan di akhirat, maka matikanlah daku di dalam Islam dan
sertakanlah diriku bersama orang-orang yang salih.
Ya Allah ya
Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat yang mulia ini dosa,
melainkan Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan
kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta
melainkan Engkau kurniakan dan mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah
dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan
kebaikan,
Ya Allah ya
Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan
sertakanlah kami bersama-sama orang yang salih dengan tiada mendapat kehinaan
dan bala bencana.
No comments:
Post a Comment