BACAAN QURAN

Listen to Quran

Saturday 19 November 2016

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
Dosa-dosa besar

Pengertian Dosa
·   Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah SWT. dan meninggalkan suruhan-Nya.
·   Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.

Dua Jenis Dosa:
·   Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
·   Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia

Faktor Manusia Melakukan Dosa
·   Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
·   Ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
·   Angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
·   Memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
·   Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
·   Melawan percakapan mereka
·   Meninggikan suara ketika bercakap
·   Tidak dengar nasihat dan teguran mereka
·   Melayan mereka dengan kasar

Menipu Dan Berbohong
·   Menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
·   Berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
·   Menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen

Mencuri Dan Merompak
·   Mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
·   Merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
·   Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
§ Masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
§ Dipandang hina oleh orang
§ Dipulau dan disisihkan masyarakat
§ Timbul pergaduhan dan permusuhan
§ Negara tidak aman dan tenteram

Riba
Riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya




Jenis2 Riba
·   Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
·   Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran

Hikmah Pengharaman Riba
·   Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
·   Mewujudkan kestabilan ekonomi
·   Melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
·   Mencegah sifat pentingkan diri sendiri

Makan Harta Anak Yatim
·   Anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
·   Menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
·   Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
§ Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
§ Mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
§ Mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
§ Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta

Lari Dari Medan Perang
·   Perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
·   Setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
·   Orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
·   Akibat Lari Dari Medan Perang
§ dipandang hina
§ umat Islam ditindas
§ balasan neraka
§ merendah martabat agama dan umat

Mengumpat Dan Memfitnah
·   Mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
·   Memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
·   Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
§ ingin lihat orang menderita dan susah
§ tidak mahu mengakui kelebihan orang
§ takut persaingan hidup
§ sikap buruk sangka terhadap orang

Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
·   dibenci dan dipandang hina
·   berlaku pergaduhan dan permusuhan
·   masyarakat Islam mundur
·   hidup menderita dunia dan akhirat

Cara Mengatasinya
·   menyemai kasih sayang sesama Islam
·   reda dengan ketentuan Allah
·   sentiasa muhasabah diri
·   meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat

Minum Arak Dan Menagih Dadah
·   Arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
·   Faktor Minum Arak
§ arak mudah didapati
§ terpengaruh dengan rakan yang liar
§ tiada penguatkuasaan undang-undang
·   dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
·   hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
·   Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
§ menjaga kewarasan akal fikiran
§ elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
§ kekalkan kesihatan fizikal dan mental
§ mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya

Langkah Pencegahan
·   menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
·   ibu bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
·   kempen tentang bahaya arak dan dadah
·   amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya

Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
·   membazir wang, masa, harta
·   menjatuhkan maruah diri dan keluarga
·   terdedah kepada jenayah
·   lalai daripada mengingati allah

Terhadap Negara Dan Masyarakat
·   menjadi mundur dan tidak tenteram
·   banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
·   hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
·   terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing

Zina
Zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah

Faktor Zina
·   kurang pendidikan agama
·   pergaulan bebas lelaki dan perempuan
·   mengunjungi tempat maksiat
·   membaca dan menonton bahan lucah

Kesan Zina
·   menjatuhkan maruah diri dan keluarga
·   mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
·   penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
·   lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya

Hukuman Penzina
·   penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
·   penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan

Menuduh Zina (Qazaf)
·   menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
·   hukumannya 80X sebatan

Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
·   berakal
·   baligh
·   atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
·   mengetahui haramnya qazaf
·   bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Liwat Dan Musahaqah
·   liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
·   musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)

Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
·   terpengaruh dengan budaya liar
·   membaca dan melihat bahan lucah
·   tiada undang-undang tegas
·   kurang didikan dan pengetahuan agama

Akibat Liwat Dan Musahaqah
·   institusi perkahwinan runtuh
·   dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
·   dapat balsan azab di akhirat
·   maruah diri, masyarakat, agama tercemar

Membunuh Diri
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

Punca Bunuh Diri
·   kecewa dengan rahmat Allah
·   anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
·   tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup

Cara Mengatasi Bunuh Diri
·   hendaklah yakin dengan rahmat Allah
·   berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
·   memberi pendidikan agama sejak kecil

·   mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi

Image result for hukum bunuh diri dalam alquran

No comments:

Post a Comment