BACAAN QURAN

Listen to Quran

Thursday 12 December 2013

TABAH DAN TAWAKKAL

Assalam. entri kali ini hanya fokus kepada aspek tabah ,tawakal dalam menghadapi dugaan dan cabaran Allah.
Hal ini berikutan banyak kejadian yang berlaku pada hujung tahun ini seperti banjir,kematian kemusnahan harta benda dan kehilangan orang tersayang.Walaupun sukar untuk melelapkan mata memikirkan kejadian' PELAJAR TAHFIZ DIBUNUH ' namun aku akhirnya redha dan pasrah. walaupun aku bukanlah sapa2 dalam konteks ini,tetapi bila meletakkan diri dalam situasi itu..aku sangat terharu ..hanya doa sahaja yang dapat dititipkan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Dalam perjalanan liku2 hidup menjadi seorang huffaz...masih ada lagi iblis yang menghantui manusia. Tergamak mengambil keputusan sendiri sehingga sanggup membunuh...

Pengajaran yang perlu diambil daripada kejadian ini:
Pelajar- laporkan kepada guru disiplin jika ada tanda2 ugutan yang berunsur keganasan..ataupun terus laporkan kepada polis.
Ibu bapa- selalulah ambil tahu masalah anak-anak,siapa kawannya, perasaannya..kita harus dengar dan terima luahan hati anak-anak kerana mereka yang mengalaminya sedangkan apa yang kita bayangkan tidak sama yang dialaminya.Jangan terlalu meremehkan aduan anak sehingga akhirnya anak merasakan tidak perlu untuk mengadu kepada ibu bapa kerana ibu bapa tidak dapat membantu..
Guru2 juga harus prihatin dan peka dengan tingkahlaku pelajar, kaki buli ,peras ugut,bajet high profil..ashik suruh orang hormatkannya....jangan anggap pelajar yang tidak mahu patuh kpd suruhan senior sebagai manja atau sebagainya tetapi anggaplah senior sepatutnya memberi tunjuk ajar dan bantuan bukan sesuka hati menunjukkan ego...siapalah kita yang BESAR sangat melainkan ALLAH sahaja.So guru-guru ,dengarlah aduan pelajar kerana mereka sangat mengharapkan orang dewasa mampu menyelesaikan masalah mereka.
Rakan/Sahabat, janganlah sekadar mendengar luahan sahabat sebagai halwa telinga tetapi jadilah pendengar yang baik.Iaitu,bertindak jika memang perlu bertindak...maklumkan kepada mereka yang lebih berkuasa agar sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.Keprihatinan semua pihak sangat perlu dalam menangani gejala ini.
Doa adalah senjata orang mukmin,maka tak kisah siapa kita,teruskan berdoa untuk semua orang agar diberi ketenangan untuk menjalani hidup tanpa gangguan manusia dan iblis yang berniat jahat.

Tabah dan tawakal adalah kunci menghadapi semua itu. Didalam Al Qur’an terdapat salah atu do’a untuk memohon ketabahan dan khusnul khotimah sebagaimana dalam Q.S Al A’raaf ayat 126 :
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Q.S Al A’raaf : 126).
Do’a ini diucapkan oleh para penyihir, setelah Nabi Musa Allah SWT, mengalahkan para penyihir yang didatangkan Fir’aun. Mereka telah menemukan kebenaran dan menikmatinya bahkan tidak lagi gentar menghadapi ancaman Fir’aun. Mereka berdo’a : “ Ya Tuhan kami, limpahkanlah sebanyak mungkin kesabaran dan ketabahan yang mantap kepada kami untuk menghadapi godaan dan ancaman Fir’aun beserta rezimnya dan wafatkanlah kami ketika tiba saat yang Engkau tentukan, atau pada saat Fir’aun melaksanakan ancamannya dalam keadaan muslim yakni berserah diri kepada-Mu Ya Allah.”
Para penyihir yang sadar akan kebenaran kekuasaan Allah SWT ini ingin akhir kehidupan yang baik ketika ajal menjemputnya (khusnul khotimah). [Pelita Islam]

No comments:

Post a Comment