BACAAN QURAN

Listen to Quran

Saturday 7 December 2013

JADILAH DIRI SENDIRI




Secara sedar atau tidak, secara nyata atau tersembunyi, kita melakukannya. Walaupun kita fikir kita adalah individu yang baik, tetapi kita masih lagi membuat perbandingan dengan orang lain yang pada anggapan kita lebih cantik, lebih bijak, lebih bernasib baik dan yang lebih segala-galanya daripada kita. Kata Diane Lang (seorang psychotherapist), manusia memang secara semula jadi mempunyai sifat demikian. Menurut Lang lagi, seseorang akan membuat perbandingan jika dia tidak berkeyakinan dan mempunyai self esteem yang rendah. Walaupun ini adalah bersifat semula jadi dan normal tapi ia adalah sesuatu yang tidak sihat apabila tidak dapat dibendung dan akhirnya menjadi penyakit yang memakan diri sendiri. Menurut satu kajian (Journal of Child and Family Studies), individu yang merasa dirinya tidak mencapai piawaian sebagaimana yang diharapkan serta takut dikritik oleh orang lain, lebih cenderung untuk berasa malu dan lebih cenderung untuk membuat perbandingan. Membanding-bandingkan diri dengan orang lain boleh mengundang rasa cemburu, stress dan depress. Kita akan berhadapan dengan situasi 'kalah-menang' yang menyakitkan apabila kita berada di pihak yang kalah. Setiap kali kita membandingkan diri dengan orang lain, kita sebenarnya meletakkan/mengarahkan diri kita ke arah kegagalan. 

Bersedia untuk berubah? Bersedia untuk membendung sikap yang suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain? Mungkin tips ini boleh membantu…

1) Jadilah seorang yang realistik
Daripada membuang tenaga kepada perkara-perkara yang di luar kawalan kita, adalah lebih baik tenaga itu digunakan pada perkara-perkara yang boleh menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.

2) Jangan cepat membuat anggapan
Orang lain mungkin kelihatan lebih kaya daripada kita tetapi tidak semestinya dia lebih bahagia. Setiap kita ada dan menghadapi cabaran dan dugaan masing-masing.

3) Menghargai kejayaan diri sendiri
Daripada membuat perbandingan dengan orang lain, ada baiknya kita membandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang dahulu. Buat senarai kejayaan yang telah kita capai dari dulu hingga sekarang dan berilah kredit kepada diri sendiri.

4) Jadilah seorang yang bersyukur
Daripada kita mengharapkan kehidupan kita menjadi seperti kehidupan orang lain yang pada anggapan kita lebih baik, adalah lebih elok jika kita bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Setiap hari, buat senarai 20 perkara yang telah kita miliki dan bersyukurlah kerana memilikinya.

5) Ubah cara kita berfikir
Kadang-kadang dengan membuat perbandingan itu boleh memotivasikan kita untuk berubah. Jadi, daripada kita membuang masa memikir bagaimana orang lain boleh lebih daripada kita, ada baiknya kita  melaburkan tenaga dan masa kita memikirkan tentang diri, keluarga dan bagaimana untuk mencapai matlamat kita.

6) Mendo'akan orang yang kita bandingkan diri kita dengannya
Setiap kali kita membuat perbandingan dengan seseorang dan mendapati dia lebih baik daripada kita, berdo'a untuknya supaya Tuhan merahmati kehidupan dan memberi lebih lagi kebaikan kepada individu tersebut. What we put out comes back..inshaaAllah.

No comments:

Post a Comment