Dosa-dosa besar
Pengertian Dosa
· Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah SWT. dan meninggalkan suruhan-Nya.
· Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
Dua Jenis Dosa:
· Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
· Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuJK8M9phNUYQGvWjmdrw925neEJvzT61-qmwW1oEJfW77T-hmyw6ZGoMT6ltZP2jRvwEDfwTmzrJ8msYkvFpslFXo_dUhluVDUDYZnD8CMjj7IVqU7MaHszsPjhNEctlRJ_sv8MQG_d7f/s1600/images+%25284%2529.jpg)
· Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
· Ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
· Angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
· Memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
· Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
· Melawan percakapan mereka
· Meninggikan suara ketika bercakap
· Tidak dengar nasihat dan teguran mereka
· Melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
· Menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
· Berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
· Menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen
Mencuri Dan Merompak
· Mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
· Merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
· Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
§ Masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
§ Dipandang hina oleh orang
§ Dipulau dan disisihkan masyarakat
§ Timbul pergaduhan dan permusuhan
§ Negara tidak aman dan tenteram
Riba
Riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis2 Riba
· Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
· Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
· Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
· Mewujudkan kestabilan ekonomi
· Melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
· Mencegah sifat pentingkan diri sendiri
Makan Harta Anak Yatim
· Anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
· Menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
· Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
§ Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
§ Mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
§ Mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
§ Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
Lari Dari Medan Perang
· Perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
· Setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
· Orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
· Akibat Lari Dari Medan Perang
§ dipandang hina
§ umat Islam ditindas
§ balasan neraka
§ merendah martabat agama dan umat
Mengumpat Dan Memfitnah
· Mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
· Memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
· Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpN4rSNIWQOXEB6pDN2LSEBZ1LNSGsCoPTEGEOOfDDiKI0-_MXzkayp08xISKC0aGWx-227x_ozZruvk4unqNyWIUtykXO0kt7qUQEoY9pygsFJPE0krBaedar-ox0tFdgdXA5qPF31NAv/s1600/images+%25283%2529.jpg)
§ tidak mahu mengakui kelebihan orang
§ takut persaingan hidup
§ sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
· dibenci dan dipandang hina
· berlaku pergaduhan dan permusuhan
· masyarakat Islam mundur
· hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
· menyemai kasih sayang sesama Islam
· reda dengan ketentuan Allah
· sentiasa muhasabah diri
· meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh
Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
Minum Arak Dan Menagih Dadah
· Arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
· Faktor Minum Arak
§ arak mudah didapati
§ terpengaruh dengan rakan yang liar
§ tiada penguatkuasaan undang-undang
· dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
· hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
· Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
§ menjaga kewarasan akal fikiran
§ elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
§ kekalkan kesihatan fizikal dan mental
§ mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
Langkah Pencegahan
· menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
· ibu bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
· kempen tentang bahaya arak dan dadah
· amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya
Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
· membazir wang, masa, harta
· menjatuhkan maruah diri dan keluarga
· terdedah kepada jenayah
· lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
· menjadi mundur dan tidak tenteram
· banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
· hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
· terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
Zina
Zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
· kurang pendidikan agama
· pergaulan bebas lelaki dan perempuan
· mengunjungi tempat maksiat
· membaca dan menonton bahan lucah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0m_oZCqdeBQLR8rANteBNIVXjbiOnrpzogwh10HuskWsjfQ-fhp1TqQwJcqTR-UvNNsoFCyEGHzdWNexmAG2dUmrNaSLearUoaETf4UmZpIdA_ZulLCQ9JCn7-OhHYalsGsFe1K2PeHLb/s1600/images+%25282%2529.jpg)
· menjatuhkan maruah diri dan keluarga
· mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
· penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
· lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
· penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
· penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
Menuduh Zina (Qazaf)
· menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
· hukumannya 80X sebatan
Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
· berakal
· baligh
· atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
· mengetahui haramnya qazaf
· bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh
Liwat Dan Musahaqah
· liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
· musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
· terpengaruh dengan budaya liar
· membaca dan melihat bahan lucah
· tiada undang-undang tegas
· kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah
· institusi perkahwinan runtuh
· dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
· dapat balsan azab di akhirat
· maruah diri, masyarakat, agama tercemar
Membunuh Diri
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
Punca Bunuh Diri
· kecewa dengan rahmat Allah
· anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
· tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
Cara Mengatasi Bunuh Diri
· hendaklah yakin dengan rahmat Allah
· berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
· memberi pendidikan agama sejak kecil
· mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi
![Image result for hukum bunuh diri dalam alquran](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZwfhwzChNDWa9nCZmk0U42QsjzuqOe9sS0KzE6Vp67ZDtXFp6beKf1YE4kMhaLNAD20HzpNSFP7GTivk_wJ5BmRp0BeENpX2Sw9N_5LWkZVNP0evLzHixKhUY_V6a26GlilqC5M1-7zg/s1600/11009872_1625950554339786_4998924557743761581_n.jpg)
No comments:
Post a Comment