BACAAN QURAN

Listen to Quran

Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan..bulan untuk kita menghambat.

“Salam sayang buat semua sahabat. Semoga sentiasa dirahmati Allah. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w rasul tercinta. Segala puji bagi Allah yang menurunkan kasih sayang ke dunia ini. Tanpanya, sunyilah dunia ini dari perkenalan, berkasihan, beringat-ingatan.”

Berlakunya 15 Syaaban, selalu kita diingatkan dengan peristiwa yang berlaku di pertengahan bulan Syaaban ini. Tapi sedarkah kita dengan kehadiran Ramadhan sejurus selepas Syaaban, ramai yang leka dengan sambutan di bulan Syaaban, dan terus terleka bagi menghadapi bulan Ramadhan.

Ramadhan, satu bulan yang penuh berkat.Ramadhan di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Ramadhan dijanjikan keampunan dosa silam dan akan datang.

Golongan penghafaz al-Quran sepatutnya golongan yang paling gembira denagn kehadiran bulan ini. Padanya diturunkan al-quran yang menjadi petunjuk bagi seluruh alam. Padanya al-Quran ditadaruskan oleh Nabi s.a.w bersama Jibril setiap tahun. Padanya dibaca setiap malam dalam solat tarawih dan qiamullail.Namun, adakah kita berada dalam golongan ini. Pahala yang dijanjikan berganda-ganda pada bulan ini, ini semua tidak akan tercapai andai masa pada bulan ini hanya dihabiskan dengan tidur. Rebutlah peluang keemasan ini. Kita tidak mempunyai masa yang lebih sesuai untuk mengingati al-Quran selain bulan ini yakni Ramadhan

Pahala yang dijanjikan insya’Allah diperolehi. Ditambah pula dengan peningkatan hafalan al-Quran. Alangkah indahnya bulan Ramadha. Jangan sampai kita tergolong dalam kelompok yang menjadi bebanan kepada rasul kita s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t : 

“Telah berkata rasul, wahai tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai beban (diabaikan)”

Tetapi jadilah golongan yang akan diangkat darjatnya dengan setiap ayat yang dibaca. Di dalam syurga, setiap ayat yang dapat dibaca akan membezakan darjat kita dengan manusia yang lain. Soalannya, jika kita mati sekarang, berapakah jumlah ayat yang dapat dibaca. Tepuk dada, cari-cari tak ingat apa-apa.

Pada bulan Ramdhan ini juga para sahabat pada zaman Nabi berjihad menentang Kuffar La’natullah. Semoga semangat ini akan terus berkobar dikalangan kita semua. Khususnya kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan, semoga Berjaya dengan demilang. Kembalinya Nabi dari medan perang, menjelaskan bahwa peperangan belum berakhir. Peperangan dengan hawa nafsu akan berterusan. Berapakah jumlah mereka yang telah tewas pada bulan-bulan sebelum kedatangan Ramadhan. Tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas dari fitnah dan cubaan. 

Firman Allah di dalam al-Quran :

“Mengapakah mereka tidak melihat sesungguhnya diri mereka itu telah tewas (hawa nafsu) pada setiap tahun sekali atau dua kali, kemudian mereka tidak bertaubat dan tidaklah mereka menyebut (zikrullah)”

Soalannya, adakah ingin kita bertaubat mengakui kesilapan kita dan kembali kepada Allah. Atau kita selesa dengan apa yang berlaku. Celakalah bagi mereka yang melalui Ramadhan yang mana mereka tidak diampunkan dosa pada bulan ini. 

Berlalunya Ramadhan tidak ada beza dengan bulan yang lain. Inilah ynag diaminkan oleh Rasulullah s.a.w semasa menaiki mimbar, Jibril membacakan doa.

Pintu taubat terbuka luas. Pintu dosa sudah disempitkan. Apa yang masih kita tunggu. Berapa ramai mereka yang sebaya dengan kita sudah tiada. Jika adab kita bersama manusia pun dititikberatkan pada bulan ini, apatah lagi adab bersama Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tibanya Ramadhan,dibuka pintu Syurga, dan ditutup pintu Neraka dan dibelenggu para syaitan"

Ramadhan penghulu segala bulan. Melatih hamba Allah menjadi seorang yang betul-betul muttaqin (bertakwa). Peluang terbesar dalam hidup ini. Yakinkah kita dengan kedatangan Ramadhan tahun hadapan? Isilah masa dengan ibadat, membaca al-Quran. Moga kita digolongkan oleh Allah di kalangan hamba yang yang dijanjikan syurga. 

Berdoalah selalu ketika menghadap Allah memohon rahmat serta keampunan di bulan yang digandakan berlipat kali ganda pahala.

Dan berdolah kepadaNya agar dibersihkan jiwa kita dari kotoran.
Moga kita dikumpulkan bersama di dalam syurga nanti……..

No comments:

Post a Comment