BACAAN QURAN

Listen to Quran

Friday, 13 May 2016

Hanya PadaMu

Renungan

Wahai diri...

Setiap langkah dan nafasmu hanya untuk Allah.

Jika langkah-langkahmu diambil bukan kerana-Nya..
Untuk apa engkau terus melangkah?

Jika nafas-nafasmu dihirup bukan lagi untuk-Nya..
Untuk apa engkau terus bernafas?


Demi keseronokan yang sementara?

Demi mencapai kejayaan yang tak kekal sifatnya?

Demi menikmati dunia yang tak pernah cukupnya?


Katakanlah, “Solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya kerana Allah, Tuhan Sekalian Alam.” Dan berteguhlah kamu dengannya.

InshaAllah, hidupmu akan lebih bermakna, dalam erti kata Allah redha akannya. ^_^

Wednesday, 20 April 2016

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: MATA YANG TIDAK MENANGIS DI HARI KIAMAT

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: MATA YANG TIDAK MENANGIS DI HARI KIAMAT: Semua kaum Muslim berkeyakinan bahawa dunia dan kehidupan ini akan berakhir. Akan datang suatu saat ketika manusia berkumpul di pengadilan ...

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: BILA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: BILA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA: APABILA rakyat mencintai rajanya, itu adalah perkara yang lazim dilakukan. Namun begitu, suatu perkara yang pelik dan sungguh menyentuh hat...

(ILMU JALAN AKHIRAT): Hikmah Disebalik Ujian Allah

(ILMU JALAN AKHIRAT): Hikmah Disebalik Ujian Allah: Hikmah Disebalik Ujian Allah Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementar...

Saturday, 5 March 2016

BIARLAH MATA BERIBADAT

HILANG LAZAT IBADAT KERANA MATA?
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Petikan isi kuliah bulanan (khamis pertama setiap bulan) di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Khamis 3 Mac 2016. Tajuknya “KERANA MATA.”
Bayangkan apa akan terjadi jika pandangan mata kita ditarik Allah buat seketika. Usah lama! Katakanlah ia ditarik dalam 5 minit sahaja. Kita tak mampu untuk melangkah keluar Masjid ini tanpa melanggar atau tergelincir. Selipar yang kita pakai pun tak mampu kita cari atau kenali. Itulah hakikat kelemahan manusia yang sering lupa ni’mat mata yang dipinjamkan Allah kepada mereka di dunia ini. Apa yang pasti, ni’mat mata pasti akan diaudit pada hari kiamat kelak:
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Ertinya: Selain dari itu, sesungguhnya KAMU AKAN DITANYA PADA HARI ITU, TENTANG SEGALA NIKMAT (YANG KAMU TELAH MENIKMATINYA)! (al-Takathur[102:8]).
Pernah seorang teman saya bercerita:
“Sepulangnya saya dari Mekah dulu, ibadat terasa sangat lazat. Solat sangat khusyuk. Bila mata meneliti baris al-Quran jiwa berasa tenang. Solat Dhuha dan solat malam terasa ringan dilakukan. Pada suatu hari, segala rasa lazat itu menjadi tumpul. Solat dan ibadah lain terasa tawar. Puas dicari rasa lazat dahulu tetapi tidak ditemui. Setelah lama berfikir, saya perasan rasa lazat itu hilang selepas saya menonton adegan romantic melampau dalam sebuah rancangan television.”
Memang mata adalah pintu utama kebahagiaan dan kesengsaraan. Baginda Rasulullah SAW ketika menziarahi jenazah Abu Salamah RA menyebut bahawa mata mengikut keluarnya roh manusia:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ
Ertinya: Ummu Salamah menceritakan Rasulullah SAW masuk menziarahi Abu Salamah yang baru meninggal dunia sedang matanya terbeliak. Rasulullah kemudiannya menutup mata beliau dan bersabda: Apabila roh manusia meninggalkan jasadnya, ia akan diikuti oleh mata (Sahih Muslim & Sunan Ibn Majah).
Maksiat yang masuk melalui mata akan mengabuskan jiwa serta menggelapkan hati. Hati yang kelabu dek titik dosa dari pandangan mata akan menghilangkan lazat ibadat. Jika mata dijaga rapi daripada melihat yang terlarang, jiwa akan terang dan tenang bak cermin. Inilah sebabnya Allah menyuruh agar kita menjaga “SEBAHAGIAN’ pandangan mata:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki beriman supaya mereka menyekat SEBAHAGIAN DARI pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara (SELURUH) kemaluan mereka. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (al-Nur[24:30]).
Asal pandangan mata manusia adalah halal belaka melainkan SEBAHAGIAN yang terlarang. Ayat di atas menuntut agar kita menjaga SEBAHAGIAN pandangan yang terlarang kerana faedahnya akan kembali kepada kita iaitu membantu proses penyucian hati. Ia disebut dalam ungkapan ayat “YANG DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA.” Kisah teman saya yang tumpul rasa lazat ibadatnya memang berpunca dari mata. Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ النَّظْرَةَ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومٌ، مَنْ تَرَكَهَا مَخَافَتِي أَبْدَلْتُهُ إِيمَانًا يَجِدُ حَلاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ.
Ertinya: Sesungguhnya pandangan mata (kepada sesuatu yang haram) adalah satu panah Iblis yang beracun. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku (Allah), maka Aku akan “MENGGANTINYA DENGAN IMAN YANG DIRASAI KEMANISAN DALAM HATINYA” (Mu’jam al-Kabir Imam al-Tabrani).
Dalam hadith lain Rasulullah SAW berpesan kepada Sayyidina Ali agar racun pandangan yang sekilas tidak dipanjangkan kerana lama teracun akan merosakkan hati. Bagai dikata, sakit digigit seekor tebuan mudah hilang, tetapi jika berterusan disengat ratusan tebuan umur boleh pendek jadinya. Sabda Rasulullah SAW:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ يَا عَلِيُّ لَا تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ
Ertinya: Rasulullah SAW berkata kepada Ali (bin Abi Talib): Janganlah diikuti satu pandangan (yang haram) dengan pandangan lain, kerana pandangan (tanpa sengaja) pada kali pertama adalah milikmu (tanpa tanggungan dosa) dan tidak pula (halal) bagimu pandangan berikutnya (Musnad Ahmad, Sunan Abu Dawud & al-Tirmidhi)
Marilah kita sama-sama menjaga amanah mata pinjaman Allah, kerana ganjaran orang yang menjaga mata sangat banyak seperti kelazatan ibadah, kecusian jiwa dan satu daripadanya adalah bidadari syurga yang BERMATA CANTIK!
يَلْبَسُونَ مِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُتَقَابِلِينَ (53) كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ (54)
Ertinya: Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari yang putih melepak, LAGI LUAS CANTIK MATANYA (al-Dukhan[44:53]).

Friday, 4 March 2016

BeraTnya ujianMU ya-ALLAH

BeraTnya ujianMU ya-ALLAH... “semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepada-Nya. Namun, dirawat-Nya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan yang hakiki di hati…” Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita..sUpaya kiTa sentiaSa mengingaTinya.. Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya. Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian. Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza... Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?” Jawab baginda, “Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. “Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi) Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah… ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,“Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.” Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.” Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw, “Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.” Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang... Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw, “Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari) renUngan bUat kiTa berSama...Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang... PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangi kita… “Adakalanya DIA memberi tanpa sempat kita menadah…kerana DIA mengerti keperluan hamba-NYA… Kadangkala pula DIA mengambil sebelum sempat kita bersedia…kerana DIA ingin menguji setiap hamba-NYA….” sUbhanallah….semoga ALLAH Ta’ala mengUrniakan kita kekuatan dlm menghadapi segaLa apa jUa bentuk ujian dari-Nya…dan yang paLing penting ditetapkan iman di dada…amiinn… 

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Prof Muhammad Kamil Ibrahim - Mencari Damai di Hati